Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 September 2013

dup dapp

Assalamualaikum..

1.58am..

aku nebes..

doakan aku agar dipermudahkan masa bersalin nanti..
Terima Kasih

17 September 2013

38weeks now!

9.39PM (selasa)

Assalamulaikum..

Genap, yeah! Ape yang genap?? Ari ni, genap 38weeks usia kandunganku.hmm. bila agaknya baby dalam peyut ibu ni nak keluar agaknya. Now, aku lebih releks, tak terlalu mengharap baby kluar ikut ketetapan tarikh yang aku nak. Memey aku nak baby kuar 22hb ni, ehe. Tapi idokler mengharap sangat, bagi aku “kalo boleh”.. sebab nak sama besday ngan bapak dia ler katakan. Ehe. Kekadang tu, ada la jugek sambil gosok gosok perut yang berketinggian 32cm ni sambil berkata:

“anak ibu, nanti kluar 22hb ni hari ahad ye nak.”sambil senyum ikhlas dari sanubari.

Tapi, tu laa..tak mengharap kluar awal, kot2 la esok ke lusa ke atau lebih dari 22hb ke.. semua tu ketentuan tuhan. Aku hanya berharap baby kluar sihat dan selamat, ibu dia ni pun selamat jugek.

Pagi tadi, macam biasalah. Rutin ada checkup setiap minggu. Ada dua kali lagi checkup. Hopefully, ni la checkup last.hehe. sebab next checkup 24hb..huhu.. aku pon cam tak bleh bayang lagi, macam mana aku jadi ibu di usia 23tahun ni.. aku lebih relaks dan lepak atas katil gara2 sakit tulang belakang.

Masa checkup tadi,nurse check kepala baby memang dah betul2 kat bawah. Sebab langsung tak bleh gerakkan. Nurse takut nak sentuh sangat perut ku, sebab dia kata ada ibu2 yang kadang2 rasa sakit kalo di sentuh. Aku ok jek, masatu. Idokla ada apa2 contrction lagi. Lagi satu, dia kata baby dah penuhkan ruang peyutku.macam nampak padat..haha.senget benget kalo montot dia kat kanan..

Baby dalam kandungan pon still aktif. Kalo dia tak gerak waktu siang, Cuma satu cara aku nak pujuk dia goyang, iaitu masa aku baring. Kalo duduk, jarang dia nak gerak. Sebab padat sangat kot..

Asal aku bangun pagi, mesti perut ku rasa mengeras, rasa pedih ulu hati. Orang kata, memang normall kalo dah nak dekat2 ni. Bila nak bangun dari katil dengan keadaan perut mngeras, sakit ulu hati, sakit pinggang macam nak patah, tiga2 skali gus menyerang, fuh(lap peluh) hanya tuhan saja yang tahu.. miss v still ngilu2. Aku gtau kakak aku, area bawah rasa ngilu, dia kata, masa dia dulu takde pula..tapi nurse kata normal akan rasa ngilu sebab kepala baby dah kat bawah.

Skang aku dok mengahafal doa2 masa bersalin nanti.. aku hafal yang pendek2 jek. Sebab ada yang kata, kekadang kat dalam LR tu, dah tak ingat apa. Nak meneran je. Yang mudah, zikir2 dan surah pendek. Harap2 bukaan nanti cepat. Senang mudah dan lancer masa melahirkan..aminnnnn…..

Esok, aku kena jumpa dokter. Dah lama tak jumpa dokter.patutnya masa 36w. tpi nurse tak alert. So, besok je jumpa. Itupon nurse tak tahu nak refer aku ni nak kata aku ada masalah apa. Sebab semua ok.alhamdulillah. so, besok scan je laa..harp2 tak lama jumpa dokter. Malas nak menunggu lama.fuh..


Okai.. panjang lebiaq aku hujah.. nanti next entry aku citer lagii.. kot2 next entry dah ada baby dah..hikhik..aminn..



Terima Kasih

13 September 2013

cerita si ibu dan baby bump

Assalamualaikum..

Skarang jam lappy 11.34pm. ohh sangat mabless kalo ketiduran ketika hujan renyai renyai. Tapi aku?? Sangat sadis, bila mata suda overdos tidur. Inilaiini#$ bila bosan, asyik tidur. He he he (hehe! la sana..kan..). aku memang betol betol tol mahu update belog, apakan daya, internet bukan selaju kuasa kuda, yang ada hanya selaju kuasa siput.hmm, sadiss lagi.

Minggu ni, baby bump dah cecah 37weeks. Wah wah wah! Lagi 2 weeks lebih nak capai due 1 oct. hopefully baby kluar next weeks. Ehem! Sebab next weeks birthday my asben.hik hik. Kalo same tarikh kan best. Every year bleh celebrate sesame. Ye dak!.. tapi asben kata, kesian kat aku sebab kena bagi dua hadiah.haha.. jimat kos la sayang~.. setahun Cuma sambut dua birthday, birthday suami +anak dan akula..he he lagi*.

Bila dah hujung-hujung ni, rasa ketidaklaratan tu sangat merumitkan. Yaa, kalo nak duduk kat lantai, or kerusi confrm pinggang rasa nak patah. Saket yang amat. Pehtu, peyot boyot dah cecah kat peha bila duduk. Rasa tak selesa banget.

Aritu pegi checkup 37weeks, nurse goyang2 babyku, nurse kata kepala baby dah masuk lorong dah. Sebab kepala dia dah tak dapat goyang, di kata, tak lama lagi ni.terus aku pandang nurse dan besarkan mata tanda takot..haha..

Dalam hujung2 ni, aku asyik nak membuang je. Jenuh aku nak ulang alik toilet. Nurse pesan, jangan teran masa berak.haha.lawok, camne kalo najis tanak kuar.kan kan..

Now, miss v slalu ngilu ngilu.. mencucuk2 sakitnya, deme kata normal, sebab kepala baby dah kat bawah, so dia tolak2 confrm jadi ngilu kan.. baby pon aktif, asyik dok kat kanan, so, kaki and tangan suka kick belah kiri. Sampai senget benget perut aku jadinya.haha..

Walaupon skang dah menunggu hari orang bilang, tapi, aku cam steady jek. Cam relaks semacam. Walhal, sakit beranak tu, orang kata sakit yang amat. Bagi aku, dah nak buat macam mana, kena tempuh jugak sakit tu, demi bertemu orang baru dalam hidop..kan..

Teman2 doakanlah aku dan baby agar dipermudahkan ketika bersalin nanti agar semuanya selamat dan aku dapat dengr suara baby UWEEKKK..(hehe macam mana lah nanti tu yer).. Maafkan aku andai pernah buat salah and silap kepada u alls atau sape2..maafkan ku dari hujung rambut ke hujung kuku kaki,,..


Kot kot la esok2 dah nak bersalin kan.. k.. bye bye behhhhhh

Terima Kasih

05 September 2013

36 weeks. :)

Assalamualaikum..

Tatkala kat luaq sana tengah hujan renyai renyai, elok kot belog kejap. Ye laa. Tuan belog pon dah makin menghilang ketika saat2 menanti kehadiran orang baru dalam hidop nye dan suaminya.ehh itu aku laa. Ye ye. Kalo dalam pengiraan aku la kan, 5hb ni maksudnya baby bump dah berusia 36 weeks 2 day. Orang kata, tempoh matang bayi dalam kandungan bila dah cecah 37weeks. Yaa! Next weeks la tu. Baby pon just aktif kejap2, tapi dah kurang dia mmengeras. Ke aku je tak prasan..

Actually, aku sangat tak sabar menanti kehadiran baby yang berada dalam Rahim ku ini. Tapi, baby belom nak kuar lagi.tsk tsk.. Lagipon depa kata, anak sulung ni slalunya lambat nak kluar.. memula aku confident aje kata tak lama lagi, tapi semua ramal lama lagi. Rata2 kakak2 aku, masa baby first dorang bersalin masa 38weeks. Huh.. kalo aku, ntah. Susah nak ramal..hehe.

Pegi  check up selasa lepas, nurse goyang2 baby ku. Baby siap bersilat masa di goyang goyangkan, sampai nurse gelak gelak “eh, eh,, dia takmo di sentuh”..hehe.. nurse kata, baby jaoh lagi dari pintu. Means, lama lagi la kot.. tu yang I kena banyakkan bergerak..tapiiii, I dah cam tak larat nak turun naik tangga, nak berdiri lama, nak jalan jaoh..fuh..mengah kemain.. kalo aku duduk depan tv, kalo dah lima menet duduk, mesti rasa nak baring. Sebab cam sakit nak patah tulang blakang ni hah.tu laa..kurang kalsium.err.

Nurse ada jugek check kaki aku, samada dah bengkak ke idok. Tapi tak lagi, orang kata kalo dah bengkak kaki tu, tu dah tanda2.. kaki ku cam takde apa je..tetiba rindu urutan si hubby. Ya yaaa, hanya tangan hubby jek rasa segala tulang temulangku berasa lega.haaaaaaa……

Paling aku tak larat skang ni, bila kena pegi dua tiga kali gi tandas.. asyik nak buang air besaw jerk. Penat haku!..hihi..tapi takpa, semua tu pahala.. aku rasa, tandas adalah tempat kedua aku lepak, tempat pertama, smestinya ‘katil’..huhu.. takot la jugek, baby membesar, sebab ibu dia malas nak jalan, asyik baring je..hehe..so, pasni aku kenalah rajin gerak. Kang susah aku nak bersalin pulok..

Habit aku skang ni, pantang ada masa terluang, asyik nak tidur tidur tidur.haha.adoih, penat jugek aku, asyik nak melayan mata. Hmm.


Doakan aku dipermudahkan semasa bersalin la k.xoxo…

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign