Followers
29 Julai 2013
31 week now :)
Assalamualaikum..
Hai. Bila dah gajian tu yang semua orang excited senyum
senyum sebab ada KGT dan bakalan dapat bantuan kewangan. Lagilah semua happy.
Alhamdulillah.rezeki. tapi, diriku sangat sadis. Kerja tambah la banyak. Sebab
ada yang tak dapat kgt, so, kena kerah buat perubahan gaji pegawai. “Hmm. Ok
baiklah, SYNP!!” /saya yang menurut perintah.
Actually, I suke bab kira mengira tolak menolak, tambah
menambah, bahagi membahagikan jugek darab mendarab. Semua ada, so I suke!
Cuma lepas ni, maybe kurang la beban kerja I ngan patner I tu, sebab big bos
dah amek orang baru nak bantu kiterang. So, dah bertiga, kena la bahagikan
tugas2 lagi. “ko amek yang ne, aku amek yang ni, dan ko amek yang ni” vahh! Ko
hengat ko bos, maka, bos lah yang akan bahagikan, bukan we all yang memandai.
I pon skang tengah tungkus lumus buat ot. Sebab nak
kumpul cuti gantian. Maklumlah nak bercuti awal before delivery. Senang lah I
nak berehat kat rumah dengan menghabiskan masa before bersalin. Wahh. Tak sabar
nak menyambut kedatangan orang baru dalam family kiterangni.
Today, dah masuk 20 ramadhan. Alhamdulillah, buat masa ni
I masih lagi full puasa, belom eskep lagi. Baby kat peyot bump bump pon still
aktif gerak2 gesel2 tendang2 tumbuk2 aduih saket kenkadang..ngeh ngeh. tak
sabar nak tunggu next week, sebab I dah masuk 8 month lorh..wahhhhh.cepatnya
masa berlalu.
Now, I still tercari-cari nama baby.hmm. nama gegirl dah
ok. Nama boboy ni hah, apelah nak letak, spatutnya dah confirm dah, tetiba ayah
dia nak tukar pulok. Adess, hubby memang cenggitu, sesuki hatinye saje. Hubby kater
“alaaa, sayang kan dah pilih nama tang blakang dia, biar
abang pilih tang depan pula.”
T.T apa I nak jawab, pujuk hubby memang tak jalan dah..
dah la I ni agak kureng kreatif bab2 nama ni. Tu pon dah nak seabad I carik
nama, tetiba tak lepas dari tuan besaw.. almaklumlah, hubby nama dia kan agak2
glemerer sikit, kalo I, seconit tu dah cukup nama I, toksah nak bunga2.. by the
way, yang penting ada maksud di sebalik nama, tu je..khen khen?
Ekceli, I nak sangat update belog berjela2 jela, tapi
memandangkan I slalu ngantok plus malas bila time rest or free free. Tu yang I jadik
tak sempat nak ngapdate belog. Maaflah yer.. kalo I rajin lagi I update lagi..
bye bye..
Salam ramadhan dariku dan baby bump :)
18 Julai 2013
29 weeks and 3 days check up
Assalamualaikum..
Checkup – 18.7.2013
Berat : 51.3
Tekanan Darah : 103/67
Tinggi Rahim : 27cm
Kencing (albumin/gula) : (N/B)
HB : 11.6
Alhamdulillah, hari ni semua ok :).. boleh senyum
lebarrr. Selalu I mesti ber masalah tentang berat.. ye laa, tiap kali timbang
naik berkilo kilo. Kali ni tak naik sangat. Maka tersenyum lebar la akak nurse
mengucapkan “kali ni berat puan tak naik banyak..”. ngeh ngeh ngeh.
HB I sebelum ni 12.4, kurang sikit laa.herm sedihh.. dulu
memula 13. Makin la makin turun naik turun naik.. tapi belum ke tahap kritikal
laa..syukur Alhamdulillah..
Nurse baru nak suruh I buat kiraan tendangan baby. Before
ni, dia just suruh pantau2 jek.. semua tanya I pasal bila nak start bla bla bla…
maklumlah anak first, banyak yang I tak tahu kan..
Dua minggu lagi, I kena jarum untuk kancing gigi.. bulan
lepas skali.. kena dua kali suntikan. Masa cucuk jarum cam biasa lerr saket,
lagi tak best bila lengan akan lenguh seharian sehingga ke malam. Keesokkan pagi,
kesan jarum akan mula lebam..huhu. mulalah I bermanja manja suruh hubby tolong itu ini sebab tak larat..hik hik hik
Al-kisah kat office
Adalah hamba Allah ni, datang dan bertanya kenapa kew8
yang I buat bertarikh sekian sekian haribulan. I pon explain bla..bla…bla…. dia
nak gaji dia dapat cepat. And so, what happen? Dia membebel dengan speaking London
nye, bertapa dia nak bagi tahu yang ilmu di dada and pangkat dia adalah tinggi.ok
sekian! dia kata, banyak nak pakai duit before raya ni, nak bayar toll lagi
pegi office, minyak, anak bla bla bla.. lastly unfair! Katernyer laa. Yes, kita
tahu semua orang perlukan duit..kan. tapi kalo dia cakap elok elok, maybe boleh
kot. Benda boleh bincang maaaa~ kalo bab keluarkan gaji itu urusan unit lain,
and dia datang just nak tanya why the date begini begitu. So, takde la dia nak
kait dengan I sangat.
But, what happen to me? Ada pulok simpati kat I, dan
kecoh la warga office kononnye I di marah. Bagi I, biasalah kadang2 kalo kita
dalam keadaan terdesak kita akan jadi macam tu jugek. Cuma!, please stop
talking about her and me. I takde pon kena teruk sangat. Tapi semua orang cakap
“kesian ko emma,” “terberanak la si emma ni karang” “blacklist la kalo dengan
pegawai tu” “eh, teruknya pegawai tu” and so on. Ia sangat sangat men stresskan jiwa i..
Bagi I, diam2 sudah la kan.kalo nak lawan cakap dia, siapa lah kita kan ehh I kan.. I ni kerani
jewwwwwww,.
Balik rumah jer, I terus moody. Bayangkanlah, I bleh
pulok ter merajok dengan kedai runcit bawah rumah I tu sebab layanan dia
hampeh. Sampai I pulang barang dan tak jadi bayar. Isk isk, macam tu skali
stress I masa tu..
Ekceli I banyak diam jek, takpe. Before ni pon I slalu
buat orang macam tu. apa salahnya bagi kita merasa sendiri. Biar istiqamah diri
ni. Bulan ramadhan bulan mulia, jadi marilah bersama2 menjaga bulan yang penuh
dengan keberkatan dan amalan pahala yang tinggi bila berbuat baik.
So, abaikan benda yang boleh di abaikan. Toksah fikir,
toksah fenin. Nanti stress. I nak cool jek..
K bai bai..
17 Julai 2013
muntah seplastik :'(
Assalamualaikum..
Memandangkan I ter datang awal ke office (
*ter yeee terr siap ayat skema engko), maka I dapat lah bersoseh skejap kat
belog i. bleh kan? Ish mesti la boleh, dah ini belog I, ye dak?. Entri yang
sebelum ni, entri keibuan dan naness naness gittuw, meh la I sambung ceghiter
masa I pegi Bukit Fraser and Genting Highland last month. Weh, tak sudah2 si
emma ni nak ceghiter kan. Miehehe!. Layan je laaar.
Semasa bertolak awal pagi dari rumah, siyesly
I belom isi perut. Terus pegi naik bukit fraser. Ekceli, I Cuma tahu kat puncak
bukit, but tak tahu la pulok jalan cam ular, bengkang bengkok. Oh maiii.. lemah
segala tengkuk.haha
So, I habaq kat hubby yang I nak isi perut
kalo dah sampai atas. Hubby dah suruh I lelap before sampai kat atas, tapi I
cam tak bleh nak lelap, hubby bawak kemain macam F1, pe tak nye, slekoh sana
slekoh sini. Tambah la I pening kepala..isk isk.
Sampai nun kat puncak, oh maii.. kedai makan
takde. Tutup and belom bukak. I dah mrajok mrajok kat hubby, asal bawak I kat
sini pong pang pong pang I bebel sebab I lapar sangat. Last2, dalam hati
I berkata-kata
“Masha Allah, kenapa mulut I ni, bebel bebel.
Kesian suami dah bawak gi sini buat supprise untuk I ngan baby, I pulok tak
hargai.. tsk tsk tsk” terus rasa syahhhduuuuuu T.T di dadaku ini.pehhhhhh
I pon diam dan happy happy depan hubby, I
terpaksa rela beli kat kedai runcit yang ala2 jaman jepung. Beli lah roti bagai
air plus ape2 jek. Hubby beli la aiskrim. Yummy..terus tumpang skaki, nak nak
nak magnum!
Dah isi perut we all just pusing pusing area
tu jek laa.. masa tu ada pertandingan ,mengenal bunyi burung. Ramai orang dari
Singapore datang bawak binoculars.. hubby pulok, dengan baek hati menumpangkan
beberapa pelancong yang dah tak larat nak jalan utk pulang ke hotel depa. So, I
kater, apa salahnya bantu orang kann :).
Bila time nak balik I ngan hubby amek gambar
jap..hehe.. siap ada yang volunteer nak tolong tangkap gambar untuk kami
berdua. Thanks tuk akak chinese itu yer
Lepas da siap sesi amek gambar, we all pon
turun dari bukit fraser. Ya Allah, masa tu I rasa pening sangat. Tekak I loya..
I kata kat hubby, slow sikit, hubby kata memang kalo turun bukit
cenggini.hermm..
I cakap kat hubby, kalo I termuntah camne?
Hubby kata ce cari plastic..
Tetibaaaaaaaaaaa………
Uwekkkkkk uwekkkkkkk uwekkkkkkkkkkkkkkkk
(penuh sebakul plastik I muntah, segala
magnum, cekelat, air ngan roti yang I makan keluar)..herrrrrrrr
Rasa nak nanes and gelak pon ada. Habes lah
muntah yang terkeluar sikit2 dari plastik, tercalit pulok kat baju, kat kain.
Ewwww, kesian hubby nengok bini dia azab giler masa tu..ngehhh ngehhh..
Masa dah sampai kat area tanah rata, cepat2
hubby amek tisu ngan air mineral. Nasib ada bekal air. Hubby la yang kena buang
muntah I sebakul, I lap lah semua muntah2 I kat baju kain, beg I skali T.T.
sedih!
Perut kosong. “abang, sayang mau makannnnnnn
(buat muka sedih)”. (ohh bertambah manja I ketika itu, ewwww… tetiba
Ternampak gerai makan tepi jalan masa otw nak pegi GH.. we all pon singgah,
terima la makanan apa yang ada kat sana, I ngoder rojak ngan cendol, dan hubby
jugek..
Dah lama I ngidam nak makan mee rojak. Tapi
lebih suka mee rojak kat kampung. Nak try buat kat rumah, tapi sampai skang I
tak blend lagi kacang goreng i.muehehe!
Terus we all makan dengan pelahapnya..
Opss.. tengah puasa..hehe..
K bai
Muah muah