Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

18 Februari 2013

ceghita jenjalan + baby inside

Assalamualaikum..

Haiii. Weeee hari ni my baby inside baru genap 8 minggu. Tapi I cam takde alahan pon,. Tu yang kekadang I terlupa yang my tummy ada makhluk Allah yg comel. Bulan lepas masa I tak tahu I pregnant, I lari lari jek tanpa hala tuju yang nyata..ehhh. Siap main kejar kejar ngan hubby.ye laa, dah kena buli kena la balas balik.hehe. ok insaf terus. Tapi skrang ni, asyik letih jek. Jalan sikit dah mengah, siap tercungap cungap lagi. Peh tu, kalo malam badan cam panas, kaki sejuk, tapi I rasa kesejukkan jek. Memey ehh?

Dah pregnant ni, banyak la pantang larang itu ini itu ini.. so, minda pon kena control dari segi pemikiran. Kena positif, jangan nak negative manjang…. Dah pagi tadik kena toucher leh hubby, dari rumah sampai la basemen offis. I rasa I la manusia yang tak suka di beri nasihat. Tapi kali ni, I jadi budak baik, ehh ibu yang baik.. jadi ibu yang baik kena lah mendengar nasihat… sepanjang jalan I diam mencuka, bibir jangan cakap la, dah muncung siap bleh sangkut hanger lagi. Tu tanda merajok ler tu. hubby dah macam bapak bapak dah.. ok, dia jugak bakal ayah!

Bab makanan, I dah control makan makanan yang tak berkhasiat.. kiranya dah jaga pemakanan lew skang. Sebab nak makan bukan I sorang, yang kat dalam tu pon tumpang jugak.. nak dia jadi baby yang sihat comel comel, gebus gebus,, I kena la makan yang berkhasiat untuk dia. Ye dak! Tapi, bila I timbang berat I skang, kemainnnnnn, berat I bertambah tambahhhhhhh..ohhh maiii.. tapi I suker sangattt. Jarang benaw nampak berat I bertambah tambah. Ni la pastime.err over excited (terjengil bijik mater) nak timbang hari hari.hehe.

Dari segi emosi, skrang ni, I cepat sangat nak marah. Bila I nak marah jek, mesti mengah. Walhal nak maghah jew. Ew emma, tak baik..nanti baby inside pon join.. ok ok.. tapi, I kiranya masih bleh kawal emosi. Pe tak nye, tiap kali nak marah, mesti kena tarikkk nafasss dulu cam semputtt ler, sebab mengah.haha. bila tarik nafas, kira lega la sikit. terus mengucap panjanggg أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ 'ِ
-->Terus tak jadi marahhh.. hew hew .

Ikea! Ikea adelah tempat yang sesuai untuk mencuci mata dan angan angan nak buat ghumah ala2 tomei tomei. Heee (sengih nampak gigi). I kira cam mengidam nak pegi ikea. Bak pe, gi ikea pon mengidam. Dak eihh, I Cuma mengajak hubby cuci mata. Lagipon skang tengah nak hias2 ghumah I kan.. ghumah I pon masih kosong lagi. Yang ada hanyalah barang2 yang perlu sahaja..

Bila berada kat ikea, bleh la berangan angan dapat bilik tidoq cam tu camni, dapat ruang tamu yang ohsem, dapat dapur yang pinky minky, dannn dapat bilik baby yang anyonyo nyo tomei tomei… itu yang penting sebonanya..muehehe. meh tengok gambaq I yang ohsem. Ehh ikea yang sonot.








-->
I baru jek nak berangan dodoi kan anak,. Peh tu ada brader sbelah tengah pilih pilih… alaaaaa kacau arr brader ni..hehe.. terus I blahhhhhhh.

Ingatkan nak rembat la barang2 kat ikea tu sikit. tapi, semua barang2 mahal jek.. tak mampu la i.. so, I gi ikea skadar window shopping.. heee. Walaupon I lenguh2 kaki, mengah mengah, lapar la. Ishk semua laaa. Tapi sebab I suka sangat berjalannnnnn. Makanya, I tak hirau la semua tuu. Wawawa..

Sebelum masuk ke tempat angan2 tu.. I ngan hubby gi makan.. seb bek awal pagi we all sampai. Kirenya takde la beratur panjanggg. Kat sana kan ada makanan sedap sedap blake.. tu yang orang sanggup beratur tu… kire nak merasa la jugak makan kat ikea tu. sedap sangat ke,?hehe. cam poyo jek ayat I tu. ye dak..





-->
Kalo hubby yang order makanan. Haaa. Cam ni la kejadiannyer. Geleng geleng kepala dua tiga kali. Dan I tahu, mesti tak habis punyer la..

Ok.. maka tamatlah cerita I kali ni.. panjang lebiaq pulok yer.. hew hew. Lagipon kadang2 orang tak baca pon, takat tengok gambar dan KLIK ‘x’. ok I merajokkkkkk lagi. Bye!
Hehe gurau jek

Terima kasih sebab sudi membaca sehingga ke titikkkkkkk terakhirrrrrr nyerrrrrrrrr..

Terima Kasih

06 Februari 2013

6 minggu ;)

Assalamualaikum..

Skang ni I tengah aktif baca info info pasal ibu ibu pregnant ni. Baca kat tenet, beli buku2 ibu hamil.. kemain I rembat dua tiga ketul kat mph. memang agak pelik la skang, sebab I suka membaca. I ni la manusia yang jarang jarang membaca, kadang kadang tu adelah. Kiranya bukan ulat buku lahhh. Hubby I jek yang rajin. Kat ghumah semua buku buku hubby. I Cuma ada buku study jek. Hik hik. Kalo I ada beli magazine I just belek belek pehtu tutup dan dah tak baca..begitulah habit i..hehe.. Skang ni I terajin pulok. So, I la paling banyak beli buku banding hubby..

Dek kerna buku dah makin banyak kat ghumah. Semua jenis buku pon ada, I bercadang nak beli rak buku. So, senang la I nak membaca buku2 hubby yang I tak pernah sentuh tu. hehe.. *please hubby nakk rak buku 1 pleaseeeeee..

Hari ni dah masuk enam minggu lebih.. camner la ghuper my baby inside ni ya.. tak sabar rasanya nak tengok pewot ni memboyot.hehe.. *orang kater comel kalo dak tecik jadi mak buyung ni..hihii.. hopefully kandungan senantiasa sihat dan aktif kat dalam tu yep..

Info minggu ke-6 :

“Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalaman tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan loya.”

Buat masa ni, I tak mabuk mabuk. Masih still ok, Cuma letih tu iye. Baru jalan sikit letih.. bab selera makan, I ok. Kadang2 sebab malas nak makan.hik hik… tapi ingat kat baby, I makan jugak. Tiap jam I makan.. kawan i yang dah penah pregnant cakap setiap dua jam kena isi perut, jangan biarkan perut kosong..haha, I pe lagi melantak setiap stengah jam, haaa cane laa tuh?..

Tapi, I agak kuat makan la jugak, sampaikan I mintak nasi hubby sikit sebab masih tak kenyang kenyang.muahaha. hubby dua tiga kali cakap “syukur Alhamdulillah”.. pe taknyer, I tak pernah mintak nasi dia, selalu I la yang bagi dia nasi I sebab tak habis. Kali ni dia yang kekenyangan awal.hik hik..

I nak sangat tahu 6 minggu camne keadaannye..

Macam ni la kot.. :))))..

K lah.. I dah mula lapar.. I nak makan dulu. K bai…



Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign